LiNKeD

Apr 21, 2009

Pembuangan ubat yang selamat

Sekiranya anda mempunyai ubat yang tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi dan perlu dibuang, semak pada label atau sisip bungkusan untuk arahan pembuangan. Jangan buangkan ke dalam tandas. Sekiranya tiada arahan mengenai pembuangan, anda boleh lakukan perkara berikut:

* Keluarkan ubat dari bekas asal dan campurkan dengan bahan buangan seperti serbuk teh atau kopi yang telah digunakan,
* Masukkan ke dalam beg atau bekas lain yang boleh ditutup rapat. Pastikan ianya tidak boleh tumpah,
* Masukkan ke dalam tong sampah.

Beberapa farmasi di hospital atau klinik awam menerima semula ubat-ubat yang tidak digunakan dan meletakkan kotak atau bekas untuk mengumpul ubat-ubat tersebut. Ambillah peluang menggunakan perkhidmatan ini.

Sesetengah ubat seperti antibiotik tidak boleh dibuang sebarangan. Sekiranya anda tidak pasti mengenai pembuangan ubat anda, tanyalah ahli farmasi anda.

 

No comments:

Post a Comment