LiNKeD

Apr 21, 2009

Apakah itu ubat?

Ubat adalah bahan kimia yang digunakan untuk rawatan, pencegahan dan diagnosis penyakit. Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang boleh didapati dari klinik, kedai farmasi dan pasaraya. Sekiranya ubat diguna seperti diarahkan, ini dapat merawat atau mengawal penyakit anda. Sumber dari kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan seramai 50% pesakit tidak mengambil ubat dengan betul.

Adalah penting untuk anda ketahui nama dan bentuk ubat yang diambil. Sesetengah ubat mungkin mempunyai bentuk yang sama tapi nama dan kegunaan yang berlainan dan sebaliknya. Ubat boleh dipreskrib menggunakan nama dagangan atau nama generik. Sekiranya anda kurang pasti, sila dapatkan maklumat lanjut melalui doktor/ahli farmasi.

1)Langkah-langkah sebelum ambil ubat

a.Pemberian Maklumat

Ahli Farmasi perlu mendapatkan maklumat lengkap supaya nasihat yang betul dapat diberi. Oleh itu, sebelum mengambil ubat, anda perlu memberitahu doktor/ahli farmasi maklumat berikut: 

Apakah simptom penyakit yang anda hidapi dan berapa lama sudah dialami.

Sekiranya anda telah berjumpa dengan pengamal perubatan

Semua jenis ubat dan pemakanan tambahan yang diambil termasuk ubat dengan atau tanpa preskripsi

Sekiranya terdapat sebarang alahan terhadap ubat, makan atau bahan-bahan lain.

Sekiranya merokok, minum arak atau tabiat bersenam.

Sebarang pemakanan khusus yang diamalkan: kurang gula, kurang garam atau pemakanan untuk mengurangkan atau meningkatkan berat badan.

Sekiranya hamil, merancang untuk hamil atau menyusukan bayi

Sejarah penyakit keluarga

Baca Label Ubat

Maklumat yang terdapat pada bekas ubat mengandungi maklumat penting. Label ubat mungkin berbeza namun maklumat yang didapati adalah seperti di bawah:

Nama anda 

Nama dan kekuatan ubat

Arahan cara makan ubat seperti:

kuantiti dan kekerapan ubat yang perlu diambil

sebelum, selepas atau bersama makanan

langkah berjaga-jaga seperti jangan ambil bersama alkohol

Secara amnya, ambil ubat selepas makan. Ini adalah untuk membantu supaya anda tidak lupa untuk mengambil ubat dan mengelakkan kesan ubat pada perut.

Sesetengah ubat, contohnya PENICILLIN perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan boleh mengganggu penyerapan. 

Sila bertanya dengan ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan. 


Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti. Contohnya adalah seperti berikut: 

AMBIL SEBELUM MAKAN

Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.

AMBIL SELEPAS MAKAN

Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.

AMBIL BERSAMA AIR

Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi. 

JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA

Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.

AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.

AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI

Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.

BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.

JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA.

Pembuangan ubat yang selamat

Sekiranya anda mempunyai ubat yang tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi dan perlu dibuang, semak pada label atau sisip bungkusan untuk arahan pembuangan. Jangan buangkan ke dalam tandas. Sekiranya tiada arahan mengenai pembuangan, anda boleh lakukan perkara berikut:

* Keluarkan ubat dari bekas asal dan campurkan dengan bahan buangan seperti serbuk teh atau kopi yang telah digunakan,
* Masukkan ke dalam beg atau bekas lain yang boleh ditutup rapat. Pastikan ianya tidak boleh tumpah,
* Masukkan ke dalam tong sampah.

Beberapa farmasi di hospital atau klinik awam menerima semula ubat-ubat yang tidak digunakan dan meletakkan kotak atau bekas untuk mengumpul ubat-ubat tersebut. Ambillah peluang menggunakan perkhidmatan ini.

Sesetengah ubat seperti antibiotik tidak boleh dibuang sebarangan. Sekiranya anda tidak pasti mengenai pembuangan ubat anda, tanyalah ahli farmasi anda.

 

Coklat Enak Import Didakwa ada Lemak Babi


KUALA LUMPUR – Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.



Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

“Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi,’’ jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.